PDRM Cuba Perangkap Kenderaan Brunei?

TULAR:
470

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kamera tersembunyi untuk memerangkap kenderaan dari negara Brunei dengan bertujuan bagi menampung dana kewangan PDRM.

 

Gambar hiasan. Sumber: sso.rmp.gov.my

SEBENARNYA :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa PDRM tidak pernah memerangkap pesalah trafik negara jiran secara mala fide.

Operasi Saman Tertunggak Warga Asing dilaksanakan bagi tujuan menyelesaikan saman-saman tertunggak warganegara asing dari tahun 2010 dan disasarkan hanya terhadap rakyat asing yang melanggar undang-undang serta peraturan lalu lintas di negara ini.

SUMBER : 

Portal Rasmi PDRM

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI