Buaya Dirakam Di Pantai Port Dickson?

TULAR:
1438

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa seekor buaya berkeliaran di kawasan perairan pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Turut dikatakan panjang buaya berkenaan adalah 10 kaki (3meter)

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menafikan dakwaan kehadiran buaya sepanjang kira-kira tiga meter di kawasan pantai di Batu 5, Jalan Pantai yang menjadi tular di laman sosial.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Izwan Md.Sai berkata gambar tersebut dipercayai gambar dari luar negara dan telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab dan disebarkan di media sosial.

SUMBER :

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI