
SEBENARNYA:
Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memandang serius mengenai mesej dan visual palsu tular yang mendakwa terdapat kenaikan tarif elektrik bermula April seperti yang dinyatakan. Untuk makluman, maklumat tersebut adalah tidak benar dan berpotensi mengelirukan orang ramai.
Sebarang pelarasan kos elektrik pada masa ini adalah tertakluk kepada Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dilaksanakan dalam sektor tenaga sejak Julai 2025 lalu.
Kadar AFA adalah berdasarkan perubahan harga bahan api global serta kadar pertukaran mata wang asing dan diselaraskan secara bulanan melalui pengesahan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST).
TNB ingin menegaskan bahawa sebarang perubahan berkaitan kadar AFA akan diumumkan secara rasmi oleh TNB melalui saluran yang sah. TNB komited untuk memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat dan telus.
Sehubungan itu, TNB akan melaporkan penyebaran maklumat tidak benar ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.
SUMBER:






