MET Malaysia Tidak Mengeluarkan Maklumat Cuaca Berkenaan ‘Kepala Ribut’

TULAR:
4800

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan “Kepala Ribut” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp.

MET Malaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI