Nota Suara Kononnya Adik Ipar Ketua Polis Daerah Dang Wangi Jangka Darurat Akan Diisytihar Adalah Palsu

TULAR:
2632
Nota suara yang tular di WhatsApp

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah menafikan, rakaman suara yang tular di media sosial menyeru orang ramai membeli barangan keperluan kerana dijangka darurat akan diisytiharkan, adalah suara adik iparnya.

“Sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, saya menafikan sekeras-kerasnya perkara ini, dan juga tidak mengenali lelaki yang menyebarkan berita palsu tersebut. Saya menggesa orang ramai supaya tidak berkongsi atau tularkan berita palsu ini,”

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Dang Wangi

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI