Menurut Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), terdapat kekeliruan berkenaan notis 3 hari “Total Lockdown Challenge” di Sarawak.
Pihak JBPN ingin menjelaskan bahawa tiada perintah berkurung di Sarawak selama 3 hari, dan ianya bukan sahut-cabaran atau inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Walaupun kandungan notis yang dimuatnaik mempunyai niat yang baik, namun ianya mampu mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang awam sekiranya tidak diteliti secara menyeluruh.