Laporan 8,000 Penduduk Di Lebih 20 Taman Sekitar Sendayan Diarah Untuk Jalani Saringan Kesihatan Adalah Tidak Tepat

TULAR:
6252

Menurut kenyataan rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) ingin merujuk isu kluster Sendayan yang telah diterbitkan melalui satu portal berita.

Merujuk kepada kenyataan yang menyatakan bahawa 8,000 penduduk di lebih 20 taman sekitar Sendayan diarahkan untuk menjalani saringan kesihatan adalah tidak tepat. JKNNS ingin menegaskan bahawa hanya mereka yang telah diarahkan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sahaja yang perlu hadir menjalani saringan ujian COVID-19. Manakala, bagi yang tidak mendapat arahan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban – mereka tidak perlu hadir.

Untuk makluman, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan beberapa siri aktiviti saringan dalam kalangan kontak rapat pesakit COVID-19 di Bandar Sri Sendayan. Disamping itu, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban juga telah membuat proses nyahkuman di beberapa buah lokasi yang telah dikenalpasti di Bandar Sri Sendayan pada 14 dan 15 April 2020 dengan kerjasama agensi-agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Bandaraya Seremban serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

SUMBER:

Facebook Rasmi JKNNS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI