AIM Meminta Maklumat Syarikat Yang Berdaftar Dengan SSM Dan Data Peribadi ‘Sahabat’ Untuk Agihan Geran Sebanyak RM3000 Adalah Palsu

TULAR:
2480

SEBENARNYA:

Pihak pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan meminta maklumat SSM perniagaan Sahabat serta data peribadi Sahabat untuk agihan geran daripada AIM sebanyak RM3000 yang tular melalui aplikasi Whatsapp.

Segala maklumat akan dikemaskini di laman web rasmi AIM serta akaun FB rasmi AIM dari semasa ke semasa. Kami menasihatkan semua Sahabat untuk sentiasa berwaspada.

SUMBER:

Facebook Rasmi AIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI