PENJELASAN:
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan laporan bahawa PDRM mempertimbang untuk meluaskan operasi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Sabah dan Sarawak sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, cadangan memperluaskan operasi berkenaan adalah untuk memperkukuhkan lagi kekuatan sedia ada bagi memastikan isu-isu berkaitan ketenteraman awam sentiasa dalam keadaan terkawal.
Beliau berkata, ketika ini pihaknya mempunyai 2,400 anggota di seluruh negara yang diserapkan di 21 trup di kawasan semenanjung. Ia dilaksanakan selari dengan arus perubahan semasa dan demi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang kini cenderung ke arah aspek keselamatan negara dan ketenteraman awam.
SUMBER:
Facebook Polis Diraja Malaysia