PENJELASAN:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan laporan berhubung pelantikan dan penempatan pegawai dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang tidak mengikut tatacara perlantikan dan penempatan berdasarkan merit prestasi.
Menurut kenyataan media Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik:
“Saya mengambil maklum akan laporan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan pelantikan dan penempatan pegawai dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang tidak mengikut tatacara perlantikan dan penempatan berdasarkan merit prestasi mereka.
Sehubungan itu, saya telah mengambil satu keputusan bahawa semua pelantikan dan penempatan tersebut dibekukan di peringkat JPN dan PPD seluruh negara berkuatkuasa serta merta sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.”
SUMBER:
Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan
Twitter Kementerian Pendidikan