Penjelasan Berkaitan Undi Rosak Dan Undi Ditolak

TULAR:
10400

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR):

Ia boleh dibahagikan kepada 2 peraturan, iaitu:

Istilah Undi rosak banyak terpakai kepada kertas undi yang tidak dimasukkan dalam tempoh pengundian manakala istilah kertas undi ditolak pula berlaku semasa proses pengiraan kertas undi.

Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981

Contohnya, kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak dimasukkan dalam peti undi. Ketika itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari “Ketua Tempat Mengundi”

  • Kertas Undi Parlimen terkoyak
  • Kertas Undi DUN terkoyak

Peraturan 25(6)(7) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981

Ketua Tempat Mengundi atau orang yang diberikan kuasa olehnya hendaklah kemudiannya mengira kertas undi mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan “ditolak” pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah.

Ketua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi

  • Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi
  • Undi diberi lebih dari satu calon
  • Menulis perkataan pada kertas undi
  • Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak
  • Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi

Dengan syarat bahawa jika seseorang Ketua Tempat Mengundi berpuas hati bahawa kertas undi itu telah dikeluarkan dalam suatu keadaan yang menjadikannya tidak sah di bawah peraturan ini oleh sebab sesuatu perbuatan atau peninggalan olehnya atau seseorang yang bertindak di bawah kuasanya, dan jika tidak kerana itu kertas undi itu adlaah sah, Ketua Tempat Mengundi itu tidak bole menolak kertas undi itu.

SUMBER:

Facebook Rasmi SPR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI