Tiada Kejadian Rusuhan Di Hadapan Pejabat UMNO Bahagian Lenggong

TULAR:
850

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak:

PDRM Perak telah mengesan satu hantaran melalui media sosial Facebook mengenai dakwaan berlakunya kejadian rusuhan di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Lenggong selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15).

Hasil semakan mendapati kejadian tersebut adalah palsu. Manakala, gambar-gambar yang dimuatnaik merupakan penugasan kawalan keselamatan PDRM semasa malam penjumlahan undi di perkarangan Dewan Merdeka, Majlis Daerah Lenggong. Ketika gambar tersebut diambil juga, tiada sebarang insiden yang berlaku.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM Perak
Berita Harian
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI