Penjelasan Berkenaan Status Produk Mi Kari Putih Penang Ah Lain & Indomie Perisa Ayam Special

TULAR:
810

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan isu produk mi segera yang dikesan mengandungi ethylene oxide berdasarkan analisa makmal yang telah dijalankan ke atas sampel Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera Perisa Ayam Special jenama Indomie, KKM mengesahkan bahawa produk tersebut mematuhi perundangan yang ditetapkan dan selamat untuk dimakan.

Bagi makanan yang diimport, KKM melaksanakan enam (6) tahap pemeriksaan di pintu masuk berdasarkan risiko. Bagi pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL), produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan dan dianalisa terlebih dahulu. Hanya produk makanan yang mematuhi standard sahaja yang dilepaskan untuk di pasaran Malaysia. Bagi tempoh 2022 hingga April 2023, sejumlah 317 pensampelan bagi tujuan TUL telah dijalankan dan daripada jumlah tersebut, 37 (11.67%) merupakan pensampelan TUL ke atas produk mi segera pelbagai jenama bagi parameter ethylene oxide.

Bagi mana-mana produk yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, KKM bekerjasama dengan syarikat terbabit untuk memastikan semua produk yan terlibat ditarik balik daripada pasaran. KKM ingin menegaskan bahawa produk yang berada di pasaran tempatan telah melalui prosedur yang ditetapkan dan adalah selamat.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM
Facebook Rasmi BKKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI