PENJELASAN :
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa penjualan mercun dan bunga api adalah tidak dilarang di Malaysia, sepertimana yang tular di media sosial.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, penjualan mercun dan bunga api dilarang di negara ini. Oleh itu, beliau telah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah yang berada di sempadan seperti Tumpat dan Rantau Panjang untuk meningkatkan pemantauan. Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang memiliki mercun dan bunga api.
Tegas beliau, “Polis tidak akan bertolak-ansur dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menjual atau memiliki barang terlarang itu”.
Hasanuddin turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka bermain mercun dan bunga api bagi mengelak kejadian tidak diingini.
SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia