PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak.
SEBENARNYA :
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata dakwaan mengatakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bakal dimansuhkan tahun depan adalah tidak benar.
“Adalah dimaklumkan, dakwaan peperiksaan PT3 dimansuhkan adalah tidak benar sama sekali. Kenyataan yang memetik sumber Twitter Perdana Menteri, dipercayai dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa peperiksaan PT3 tetap akan dilaksanakan.”
SUMBER :