PENJELASAN:
Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan berhubung penularan penyakit beguk yang dilaporkan di sebuah sekolah di Pahang, sepertimana yang dilaporkan media.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati masyarakat agar tidak bimbang dengan penularan penyakit beguk yang dilaporkan di sebuah sekolah di Pahang kerana penyakit itu adalah gejala ringan yang biasa.
Bagaimanapun katanya, kementerian itu akan meningkatkan pemantauan selain mengambil langkah lebih proaktif dalam mengawal penularannya.
“Dari sudut sains dan teknologi beguk boleh diterima, masyarakat tak payah takut kementerian turut bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk melakukan pemantauan terhadap penyakit berkenaan.”