Seorang Kanak-Kanak Diculik Di Pasar Sungai Chua, Kajang?

TULAR:
714

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa seorang kanak-kanak   telah diculik di kawasan Pasar Sungai Chua Kajang, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pada mulanya semakan pihaknya mendapati tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

“ Namun demikian sejurus selepas kejadian ini mula ditular dalam media sosial semakan lanjut pihak kami mendapati terdapat satu kejadian seumpama ini, laporan polis pada 9 Oktober 2015. Kita telah terima maklumat berkenaan kejadian melarikan kanak-kanak oleh tiga suspek menaiki kereta Proton Saga warna gelap di Pasar Sungai Chua Kajang. Kita telah membuat tangkapan ke atas empat suspek termasuk seorang warga Indonesia bagi membantu siasatan mengikut Sekyen 3 Akta Culik 1961.”

“Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia itu didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Sementara itu seorang lagi susppek dijadikan saksi pendakwaan dalam kes ini. Kes ini masih lagi dalam perbicaraan. Kes akan di sambung bicara semula pada 12 hingga Mac 2018  di mahkamah yang sama.”


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI