Gajah Berkeliaran Di Telupid, Sabah?

TULAR:
1024

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan kehadiran gajah yang berkeliaran di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid dan Balai Polis Telupid, Sabah.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan mengesahkan kehadiran seekor gajah yang memasuki kawasan SMK Telupid, namun tiada individu dilaporkan cedera dan anggota polis turut dihantar ke lokasi berkaitan untuk membuat pemantauan serta membantu pihak sekolah. Beliau turut mengesahkan kehadiran beberapa ekor gajah di sekitar Balai Polis Telupid.

Shivananthan menambah, mesyuarat bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) bersetuju untuk mewujudkan kawasan khas atau penempatan khas habitat gajah di belakang sekolah dan balai ini, dengan kelengkapan pagar elektrik selain turut dijadikan pusat eko-pelancongan daerah itu.

Dalam perkara berkaitan, Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, seorang kakitangannnya cedera akibat terjatuh selepas dikejar gajah ketika menghalau haiwan liar terbabit yang berkeliaran di kawasan Balai Polis Telupid dan SMK Telupid, namun kini dirawat dan dilaporkan stabil.

Setakat ini, ujarnya lagi, bantuan beberapa pihak telah dikerahkan seperti anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun belum mampu menghalau semula semua gajah ke hutan, walaupun lima ekor telah ditangkap dan ditempatkan di kawasan Hutan Simpan Imbak Canyon.

SUMBER:

Harian Metro

Berita Harian (1)

Berita Harian (2)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI