PALSU:
Tular/viral di media sosial kononnya berlaku penularan wabak influenza B Hospital Kuala Pilah.
SEBENARNYA:
Dalam satu kenyataan, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali mengulas mesej tular di media sosial yang menyeru orang ramai memakai penutup hidung dan mulut dan tidak ke HTAN buat sementara berikutan penularan wabak influenza B.
Beliau menafikan kononnya berlaku penularan wabak berkaitan influenza di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.
Sebaliknya beliau berkata, kes yang berlaku adalah demam dan selsema.