JTKSM Menawarkan Dana RM8500?

TULAR:
16613

PALSU:

Tular di media sosial kononnya Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) ada menawarkan dana berjumlah RM8,500 yang boleh didapati melalui sebuah capaian laman web.

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam satu kenyataan akhbar menafikan penglibatan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dengan aktiviti penawaran dana berjumlah RM8,500 yang boleh didapati melalui sebuah capaian laman web (www.funtis.com/my).

Menurut KSM, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) tiada kaitan dengan aktiviti itu dan tidak pernah mengiklankan perkara tersebut di dalam laman web utama.
KSM berkata, Orang awam dinasihatkan untuk tidak mudah mempercayai maklumat-maklumat yang tidak disahkan oleh pihak kementerian atau jabatan. Mereka yang menjadi mangsa penipuan aktiviti terbabit hendaklah membuat laporan polis dengan segera.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI