Terdapat 70 Kes Tibi Di Beberapa Kawasan Di Johor Bahru?

TULAR:
702

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat 70 kes tibi di beberapa kawasan di Johor Bahru termasuk Kampung Melayu Majidee Baru dan Pandan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri Johor dalam satu kenyataan mengesahkan mesej viral berkenaan 70 kes tibi kahak positif di beberapa kawasan di Johor Bahru termasuk Kampung Melayu Majidee Baru dan Pandan yang tersebar di media sosial sejak semalam adalah tidak benar.

Menurut Pengarah Kesihatan Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz, dari bulan Januari hingga Julai 2019, hanya terdapat 10 kes tibi dilaporkan di kawasan berkenaan dan kesemua kes tersebut telah diberikan rawatan dan dipantau status kesihatan mereka.
 
Tambah beliau, jabatan ini juga ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang menghalang pergerakan awam termasuk ke kawasan tersebut disebabkan penyakit Tibi mahupun penyakit berjangkit yang lain.

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu demi mengelakkan timbulnya kekeliruan dan situasi panik dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Front Desk

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI