Peraturan Komunikasi Baharu Melibatkan Platform WhatsApp Adalah Tidak Benar

TULAR:
5402

SEBENARNYA:

Tular di media sosial berkenaan mesej kononnya terdapat peraturan komunikasi baharu oleh pihak Kerajaan yang akan merekodkan semua panggilan dan memantau semua rangkaian media sosial dan forum.

Antara mesej yang tular adalah seperti berikut:

‘Peraturan komunikasi baharu bagi panggilan Whatsapp dan Whatsapp (Panggilan suara dan video) akan dilaksanakan mulai esok.

  1. Semua panggilan akan dirakam.
  2. Semua rakaman panggilan akan disimpan.
  3. Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram dan semua media sosial akan dipantau…’

‘Maklumat penting tentang Peraturan Baharu Whatsapp kepada Ahli Kumpulan …

  1. ✓ = ᴍesej dihantar.
  2. ✓✓ = ᴍessage dicapai.
  3. Dua Biru ✓✓= ᴍesej dibaca.
    Tiga ʙiru ✓✓✓ = Kerajaan ambil maklum mesej….’

Dari hasil penelitian dan semakan yang di buat, MCMC mendapati bahawa mesej yang tular tersebut adalah tidak benar.

Mesej tersebut didapati telah mula tular pada tahun 2017 di beberapa negara seperti Ghana, UAE, India dan juga Singapura.

Perkara ini telah disahkan oleh beberapa laman termasuk:

  1. Laman semak fakta dari India, ‘factcrescendo.com’,
  2. ⁠Laman semak fakta ‘check4spam.com’,
  3. ⁠Akhbar ‘International Business Times (India)’,
  4. ⁠Portal berita ‘The Independent Singapore’.

Mesej tersebut didapati diubah sedikit dari semasa ke semasa namun, kandungan mesej masih sama.

Berkaitan dengan isu yang sama, pihak Kerajaan pada tahun 2015, 2017 dan 2019 melalui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah menafikan perkara seumpamanya. Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut:

  1. https://sebenarnya.my/mcmc-pantau-intip-kandungan-mesej-whatsapp/
  2. https://sebenarnya.my/pihak-berkuasa-rakam-dan-pantau-panggilan-telefon-perbualan-media-sosial-dan-nombor-imei-rakyat-malaysia-2/
  3. https://sebenarnya.my/mcmc-dan-kdn-rakam-serta-pantau-semua-panggilan-telefon-dan-perbualan-media-sosial-rakyat-malaysia/

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan mesej yang seumpamanya.

SUMBER:

Fact Crescendo

International Business Times

Check4Spam

The Independent Singapore


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI