MCMC Pantau, Intip Kandungan Mesej WhatsApp?

TULAR:
2033

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan di intip oleh pihak MCMC.

SEBENARNYA:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan, sebarang dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan di intip oleh MCMC adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Sebagai satu badan yang mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, MCMC tidak memantau mahupun mengintip perkara-perkara yang dimuatkan oleh pengguna WhatsApp.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI