PENJELASAN :
Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaaan bahawa kerajaan akan menghentikan perkhidmatan e-hailing, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kabinet bersetuju untuk tidak menghentikan perkhidmatan e-hailing, sebaliknya akan mewujudkan peraturan baharu bagi perkhidmatan tersebut untuk memastikan ia dilaksanakan dengan adil seiring dengan perkhidmatan teksi di negara ini.
Katanya, e-hailing tidak dapat diharamkan perkhidmatannya kerana ia telah menjadi trend perkhidmatan di negara-negara antarabangsa. Beliau bagaimanapun berharap pemandu teksi dapat bersabar menanti pengumuman peraturan baru untuk pemandu e-hailing dan juga pemandu teksi tersebut.
“Sekarang kita memerlukan sedikit masa untuk meneliti beberapa perkara bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan diharap pengumuman itu akan memuaskan hati semua pihak berkaitan.”
SUMBER :