Tiada Tindakan Polis Terhadap Sepasang Suami Isteri Yang Bergaduh Sehingga Menyebabkan Kecederaan?

TULAR:
1670
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa  pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan tentang kejadian pergaduhan suami isteri sehingga menyebabkan kecederaan.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis mengesahkan video berdurasi 0.47 saat yang tular di laman sosial Facebook (FB) menunjukkan lelaki cedera akibat dilanggar kereta dinaiki isterinya adalah kes lama dan suspek sudah dikenakan tindakan.

Video bertajuk Isteri curang bersama teman lelaki langgar suami sehingga koma, namun tiada tindakan daripada pihak polis itu mendapat kecaman netizen. Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Barudin Wariso berkata, kejadian itu sebenarnya berlaku di Taman Cahaya Kristal, Bandar Baharu pada Ogos tahun 2017. Menurutnya, laporan polis juga sudah dibuat isteri kedua mangsa mengenai ‘pergaduhan’ antara suaminya dengan isteri pertama.

Barudin berkata, susulan laporan itu, pihaknya menjalankan siasatan sebelum menahan isteri pertama dan pemandu kereta terbabit. “Pemandu kereta terbabit juga sudah didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa manusia dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan sengaja. Pada 27 Mac 2018, Mahkamah Majistret Kulim menjatuhkan hukuman denda untuk kedua-dua pertuduhan terhadap lelaki terbabit yang kemudian membayar dendanya.”

Katanya, pihak polis turut memaklumkan kepada mangsa mengenai keputusan mahkamah serta tindakan yang sudah diambil.

“Oleh itu pihak polis ingin menasihati serta memberi amaran kepada orang ramai atau mana-mana pihak supaya tidak menular kembali video terbabit di laman sosial serta membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.”


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI