Perkhidmatan E-Hailing Akan Dihentikan Kerajaan?

TULAR:
865
Gambar hiasan. Sumber:

PENJELASAN :

Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaaan bahawa kerajaan akan menghentikan perkhidmatan e-hailing, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kabinet bersetuju untuk tidak menghentikan perkhidmatan e-hailing, sebaliknya akan mewujudkan peraturan baharu bagi perkhidmatan tersebut untuk memastikan ia dilaksa­nakan dengan adil seiring dengan perkhidmatan teksi di negara ini.

Katanya, e-hailing tidak dapat diharamkan perkhidmatannya kerana ia telah menjadi trend perkhidmatan di negara-negara antarabangsa. Beliau bagaimanapun berharap pemandu teksi dapat bersabar menanti pengumuman peraturan baru untuk pemandu e-hailing dan juga pemandu teksi tersebut.

“Sekarang kita memerlukan sedikit masa untuk meneliti beberapa perkara bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan diharap pengumuman itu akan memuaskan hati semua pihak berkaitan.”

SUMBER :

Utusan Malaysia

Kosmo

Utusan Borneo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI