Kekurangan Kemudahan Di Hospital Sungai Bakap?

TULAR:
2267
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN:

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memperjelaskan dakwaan bahawa Hospital Sungai Bakap kekurangan kemudahan seperti yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Google

Menurut Kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang:

Untuk makluman semua, HSB telah dibina pada tahun 1891 merupakan hospital bertaraf tanpa pakar buat masa kini. HSB menempatkan sebanyak 105 katil pesakit di mana kawasan hospital kini merangkumi keluasan 4.2 hektar. Bagi mana-mana kes yang memerlukan khidmat kepakaran, penyiasatan makmal dan Pengimejan Diagnostik (CT Scan dan MRI) akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang atau Hospital Seberang Jaya. Namun begitu, penambahan perkhidmatan lawatan Pakar Perubatan di HSB telah ditambah mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri telah menambah bilangan pegawai perubatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisyen untuk menampung dengan penambahkan bilangan pesakit.

Berkaitan isu mengenai ketiadaan kantin di fasiliti tersebut, untuk makluman perkara tersebut telah diambil tindakan sebelum ini di mana kelulusan bagi penyediaan kiosk makanan telah dipersetujui di fasilti tersebut. Penyediaan kiosk makanan ini juga merupakan langkah bagi memberikan keselesaan dan perkhidmatan tambah baik kepada pelawat yang mengunjungi HSB.

Pihak JKNPP dan HSB sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua lapisan masyarakat. Sebarang cadangan oleh orang awam sentiasa mendapat perhatian pihak kami dalam membuat sebarang penambahbaikan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan berkualiti dapat diberikan kepada masyarakat. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaa, boleh dipanjangkan atau berhubung teris dengan pihak Hospital Sungai Bakap di talian 04-5824205.

SUMBER:

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI