Terdapat Mangsa Isu Cacing Dalam Tin Sardin Yang Diimport Dari China?

TULAR:
1438

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat individu yang menjadi mangsa cacing dalam tin sardin yang diimport dari China.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan tiada sesiapa yang menjadi mangsa berikutan isu cacing dalam tin sardin yang diimport dari China.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, beliau berkata langkah pencegahan telah diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang.

“Memang kita telah sahkan ia merupakan tin sardin dari negara China dan maklum mengenai jenama tin sardin tersebut. Kita telah ambil tindakan untuk tidak import sardin dari China.”

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI