PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu merupakan lantikan politik oleh Kementerian Pendidikan.
SEBENARNYA:
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menafikan dakwaan lantikan penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu adalah lantikan politik.
Beliau berkata, ramai telah menolak jawatan itu yang dahulunya dilihat berprestij kerana takut untuk menggalas tanggungjawab besar tersebut selain berdepan peminjam yang enggan membayar hutang.
Katanya, pelantikan Wan Saiful merupakan satu pelan luar jangka untuk menyelamatkan keadaan dan membantu melunaskan janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung pinjaman PTPTN.
SUMBER: