Terdapat Campuran Air Dalam Kandungan Minyak Petrol Di Sebuah Stesen Minyak Di Ara Damansara?

TULAR:
1177

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan laporan bahawa terdapat terdapat campuran air dalam kandungan minyak petrol di sebuah stesen minyak di Ara Damansara, Petaling Jaya sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Azman Adam, siasatan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor terhadap sebuah stesen minyak di Ara Damansara, Petaling Jaya susulan tular mendakwa terdapat campuran air dalam kandungan minyak petrol.

Menurutnya, pegawai dari KPDNKK Petaling Jaya diketuai Ramli Nayan telah dihantar ke lokasi stesen minyak tersebut bagi memastikan dakwaan terbabit.

“Soal siasat telah dibuat dan pemilik stesen minyak itu memaklumkan kemungkinan ia berlaku semasa proses menurunkan minyak ketika hujan lebat. Apapun, KPDNKK akan titik beratkan perkara ini dan sangat memandang serius kejadian itu.”

Siasatan masih dijalankan dan sampel minyak telah dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk pengesahan sampel tersebut.

SUMBER :
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI