Penguatkuasa Tidak Akan Periksa Bot Nelayan Yang Mengibarkan Bendera Parti Politik Tertentu Di Perairan Sabah?

TULAR:
516

PENJELASAN:

Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) memperjelaskan dakwaan bahawa pihak keselamatan tidak akan memeriksa bot dan kapal nelayan yang mengebarkan bendera parti politik tertentu sepertimana yang tular dimedia sosial.

Sumber gambar: Facebook.

ESSCOM menegaskan bahawa pihaknya akan melakukan pemeriksaan terhadap semua kapal atau bot termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik bot sekiranya disyaki atau didapati melanggar undang-undang negara.

Komandernya, DCP Datuk Hazani Ghazali, berkata perkara tersebut ditegaskan berikutan tularnya gambar melalui media sosial yang menyatakan bahawa ada kapal-kapal nelayan atau bot tertentu yang berada di kawasan ESSzone yang enggan berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh pihak Penguatkuasa Keselamatan.

“Hal ini berlaku kerana mereka (pemilik kapal/bot) beranggapan mereka kebal dari segi undang-undang apabila mereka membawa atau mengibarkan bendera tertentu.”

Sehubungan itu, Hazani menasihatkan kepada semua penduduk di kawasan ESSzone supaya sentiasa mematuhi arahan-arahan pasukan keselamatan bagi memastikan ketenteraman awam dapat dipelihara.

SUMBER :

Facebook Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI