Hospital Rembau Telah Lewat Disiapkan Dari Masa Sepatutnya?

TULAR:
1236

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan memperjelaskan dakwaan bahawa hospital Rembau telah lewat disiapkan dari tempoh masa yang sepatutnya, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataan rasmi dari Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefli Ahmad :

Saya telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Hospital Rembau semalam (29 Jun) bagi meninjau status perkembangan pembinaan hospital berkenaan.
Projek pembinaan hospital yang bermula pada September 2013 itu bakal memuatkan 76 katil dan is sepatutnya siap pada September 2016 dengan kos asal berjumlah RM96 juta.
Bagaimanapun projek tersebut telah mengalami kelewatan dan diberikan 3 kali lanjutan masa (DDT). Ini berpunca daripada kontraktor utama sendiri, SEIE Engineering Sdn Bhd bersabitan isu reka-bentuk, lukisan pembinaan dan landskap serta jugs kerja sub-kontraktor (NSC) sekaligus menyebabkan peningkatan kos kepada RM104 juta.

Dengan kemajuan projek kini berada pada tahap 80.77 peratus, kami menjangka urusan ‘testing and commissioning’ dapat disiapkan dalarn suku pertama tahun depan, walaupun pihak kontraktor berazam untuk menyiapkannya rnenjelang akhir tahun ini.

Sehubungan isu kelewatan seumpama ini, saya ingin memastikan pemberian projek kepada kontraktor mestilah berdasarkan prestasi (track record) dan keupayaan kewangan yang kukuh, supaya projek pembangunan KKM tidak tergendala.

Masih ada 23 projek melibatkan klinik dan hospital yang rnasih lagi berada dalam ‘zon merah’, yang telah diberikan beberapa kali EOT. Amaran juga telah dikeluarkan oleh pihak Pelaksana, JKR dan ada juga yang ditamatkan kontrak mereka.

Saya tegaskan supaya kontrak tidak lagi diberikan secara runding terus kerana telah banyak terbukti syarikat-syarikat ini gagal menyiapkan projek. Dalam pentadbiran kerajaan baru, perlu dipastikan tidak berulang segala kelernahan dan kepincangan tadbir-urus seperti ini.

SUMBER :

Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI