PENJELASAN:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperjelaskan dakwaan bahawa perubatan diagnosis sinar-X adalah merbahaya sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Menteri MOSTI, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, pesakit dan pengamal perubatan tidak perlu khuatir semasa menjalankan perubatan diagnosis sinar-X.
Ini kerana standard berkenaan perubatan diagnosis sinar-X telah disemak semula selaras dengan perkembangan teknologi khususnya dari aspek keselamatan dan tahap kebolehgunaan peralatan radiologi.
Pembangunan standard ini juga turut melibatkan pakar-pakar dalam bidang radiasi daripada agensi-agensi di bawah MOSTI termasuk Lembaga Perlesenan ATOM Negara dan Agensi Nuklear Malaysia.
Standard berkenaan merangkumi kriteria untuk penggunaan sinar-x secara selamat dan tahap kebolehgunaan peralatan radiologi. Selain itu, ia merupakan sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan lesen kelas C di bawah aktiviti Pelesenan Tenaga Atom (Akta 304) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SUMBER:
Laman Facebook Rasmi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi