PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya terdapat pil paracetamol P/500 yang mengandungi virus ‘Machupo’ terdapat di pasaran.
Versi Terkini. Tular: Januari 2018
Versi Terdahulu. Tular: Februari 2017
SEBENARNYA:
Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tersebar dalam laman sosial kononnya terdapat pil paracetamol P/500 yang mengandungi virus ‘Machupo’ dijual di pasaran.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pil jenis Aeknil yang disebarkan dalam media sosial berwarna putih berkilat berbeza dengan yang didaftarkan dengan kementerian.
Katanya, kementerian setakat ini tidak menerima sebarang laporan atau amaran berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau negara lain.
SUMBER:
Kementerian Kesihatan Malaysia