Hasil semakan dan penelitian pihak MCMC mendapati bahawa Plaza A arah utara dan selatan di Plaza Tol Pantai, Lebuhraya SPRINT ditutup sementara bermula 23 hingga 31 Mac ini.
Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, penutupan itu adalah selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan antara langkah proaktif pihak Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.
“Pengguna lebuh raya masih boleh menggunakan Plaza Tol Pantai B untuk membuat bayaran tol bagi destinasi yang dituju.
“Kami menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan.”