Lebuhraya PLUS Masih Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP

TULAR:
2267

Menurut kenyataan rasmi PLUS Malaysia Berhad:

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa semua lebuhraya kendaliannya tetap beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) daripada 18 hingga 31 Mac 2020 memandangkan ia adalah laluan yang amat kritikal bagi negara ini.

Perkhidmatan kritikal lebuhraya seperti PLUSRonda dan talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 akan terus beroperasi 24 jam sepanjang tempoh ini.

Sebarang saringan, sekatan jalan dan lencongan di laluan menghala ke lebuhraya adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Sehubungan dengan itu, PLUS menggesa orang ramai supaya menghubungi Bilik Gerakan PDRM di talian 03-2266 3356 untuk sebarang maklumat terkini tentang saringan, sekatan jalan atau lencongan jalan dalam tempoh ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI