Dakwaan 4 Lelaki India Positif COVID-19 Lari Dari Hospital Kepala Batas Adalah Palsu

TULAR:
13018

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi IPD Seberang Perai Utara:

Hasil siasatan pihak pihak polis IPD SPU dapati maklumat tersebut adalah PALSU dan tiada sebarang laporan atau maklumat yang di terima berkaitan perkara tersebut. Pihak IPD SPU juga tidak ada menerima apa-apa maklumat dari Hospital Kepala Batas berkenaan (4) (L) India tersebut

YDH ACP Hj. Noorzainy Bin Hj. Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara memaklumkan perkara tersebut adalah TIDAK BENAR. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar orang ramai untuk berhenti daripada terus menyebarkan maklumat tidak benar kerana ianya akan menganggu-gugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi IPD Seberang Perai Utara


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI