PENJELASAN :
Kementerian Kewangan memperjelaskan laporan bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan tetap diteruskan kerajaan, sepertimana yang dilaporkan media.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan meneruskan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), manakala projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) akan dikaji semula.
Tambahnya, pihaknya akan mengadakan perbincangan semula berhubung kos pembinaan projek ECRL sepanjang 688 kilometer yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan itu.
“Projek ECRL akan disemak supaya kita dapat runding semula tetapi HSR kita hendak kaji,” katanya menambah, rundingan semula perlu dibuat kerana tidak masuk akal untuk kerajaan memansuhkan projek ECRL selepas membayar RM20 bilion.