Projek PR1MA Di Pulau Pinang Tidak Akan Diteruskan?

TULAR:
389

PENJELASAN :

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperjelaskan dakwaan bahawa projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dirancang di Pulau Pinang tidak akan diteruskan, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Exco Perumahan, Jagdeep Singh Deo, projek PR1MA yang dirancang di negeri ini akan diteruskan mengikut rancangan. Malahan, kerajaan negeri sanggup terlibat secara langsung dengan memantau projek tersebut bagi memastikan ia dilaksanakan dengan lancar.

Menurutnya, beliau sudah memaklumkan dan berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengenai projek PR1MA di Pulau Pinang.

“Dan reaksi beliau amat positif dan memberi lampu hijau untuk kerajaan negeri berbuat demikian. Zuraida memaklumkan bahawa kementerian tersebut sedang dalam proses menyusun portfolio dan memilih projek mengikut agensi yang berbeza.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI