Kerajaan Negeri Sarawak Gagal Membekalkan Elektrik Secukupnya Kepada Kawasan Luar Bandar?

TULAR:
217

PENJELASAN :

Kementerian Utiliti Sarawak memperjelaskan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri gagal membekalkan elektrik kepada kawasan luar bandar, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Kementerian Utiliti Sarawak, tuntutan tidak munasabah dan melampau oleh sekelompok kecil pemilik tanah menjadi punca kelewatan projek bekalan elektrik dan pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur ke luar bandar di negeri.

“Selain mengajukan tuntutan di tanah milik Kerajaan Negeri, mereka juga sering menuntut ganti rugi melebihi kadar yang dituntut oleh pihak majoriti, yang juga telah disepakati sebagai munasabah. Kemasukan pasukan projek turut disekat, khususnya ke kawasan tapak di tanah milik negeri untuk menyelesaikan projek-projek infrastruktur utama, yang menimbulkan kelewatan dalam menyelesaikan projek-projek penting bagi manfaat jangka panjang Sarawak. Walaupun rundingan dan rayuan sentiasa menjadi pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah, Sarawak Energy Berhad tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan kaedah undang-undang sebagai jalan terakhir.”

Walau bagaimana pun, kementerian telah mengamanahkan Sarawak Energy Berhad yang telah melabur secara ketara untuk menjamin dan membina kapasiti penjanaan, menaik taraf sistem grid elektrik negeri, dan membina infrastruktur serta kemudahan baru, di samping memastikan rakyat Sarawak akan terus menikmati tarif elektrik terendah di Malaysia.

SUMBER :

Sarawak Energy Berhad

Facebook Sarawak Energy Berhad


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI