Terdapat Kematian Akibat Virus Nipah Di Sebuah Hospital Swasta ?

TULAR:
587

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terhadap satu kes kematian di sebuah hospital swasta yang dikaitkan dengan virus Nipah.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Menurut kenyataaan rasmi Kementerian Kesihatan :

Pihak Jabatan Kementerian Kesihatan Negeri Selangor telah menjalankan siasatan ke atas isu yang tersebar luar di media sosial ini dan mendapatinya tidak benar. Hasil siasatan dengan hospital swasta yang dimaksudkan mendapati tiada kes yang dirawat dan meninggal dunia di hospital tersebut yang menunjukan kaitan dengan memakan makanan yang telah dibungkus dengan daun pisang dan disebabkan oleh virus Nipah.

Untuk makluman juga, berdasarkan pemantauan notifikasi yang diterima sehingga kini tiada sebarang notifikasi kes atau kematian yang diterima oleh Pejabat kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan penyakit atau kejadian keracunan makanan yang disyaki dari penggunaan daun pisang atau kes yang disyaki menghidap jangkitan virus Nipah.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita atau mesej yang belum tentu kesahihannya. Orang ramai juga diminta agar jangan menyebarkan berita yang tidak tepat tanpa ini tanpa mendapatkan sebarang pengesahan daripada KKM terlebih dahulu.

SUMBER :

Laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI