Kesesakan Lalu Lintas Yang Berlaku Di Kelantan Sempena Hari Raya Adalah Kerana Kegagalan Kerajaan Negeri ?

TULAR:
623

PENJELASAN :

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memperjelaskan dakwaan bahawa faktor kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri adalah kerana kegagalan kerajaan negeri untuk mengawal lalu lintas sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, jumlah kenderaan yang tidak terkawal menjadi antara faktor kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Menurutnya, walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan kesesakan itu, namun ia belum tentu dapat menyelesaikan masalah tersebut.

“Kita tengok di Lebuhraya Utara Selatan pun sesak, Johor ke Kedah, semuanya lebih enam jam. Disebabkan pertambahan kenderaan. Usaha kita adalah besarkan jalan, tapi kalau jumlah kenderaan tidak dikawal, maka jangka masa panjang pun kita tidak boleh selesaikan juga masalah ini.”

SUMBER : 
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI