Pemberian Duit Raya Bagi Kanak-kanak Yang Hadir Pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah Dikawal?

TULAR:
719

PENJELASAN :

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya mengawal pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar, kerajaan negeri menolak dakwaan tangan kanak-kanak dicop oleh petugas pada majlis itu bertujuan mengelakkan pengambilan duit raya lebih daripada sekali pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Menteri Besar itu di Seri Mentaloon. Tujuan tangan kanak-kanak dicop sekadar menceriakan kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut dan dakwat yang digunakan adalah mudah tanggal.

“Tindakan tersebut dilakukan bukan untuk mengawal jumlah kanak-kanak yang menerima duit raya dan arahan tersebut bukan datang daripada Menteri Besar tetapi diambil oleh urusetia untuk menghiburkan kanak-kanak dengan cap kartun dan binatang. Saya juga ingin memaklumkan kanak-kanak itu menerima duit raya sebanyak RM5 seorang bukannya RM2 seorang seperti yang tersebar sebelum ini.”

SUMBER : 
Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI