PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah sekolah di Selangor telah dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mengasingkan penggunaan cawan mengikut agama pelajar.
SEBENARNYA :
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan bahawa tindakan pengurusan sebuah sekolah rendah di Selangor yang mengasingkan cawan minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam bertentangan dengan peraturan dan pekeliling kementeriannya.
“Semua jenis peraturan dan pekeliling urusan sekolah telah tertakluk pada pekeliling kementerian sedia ada, jadi pentadbir sekolah tidak boleh buat sesuatu perkara lebih dari apa yang telah ditetapkan,” menurut belaiu lagi.