WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan penipuan projek hartanah yang kononnya menawarkan jualan kondominium mewah di Klebang yang sebenarnya tidak wujud.
Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan berkata berdasarkan siasatan awal, sindiket itu membuat pelancaran projek hartanah tersebut di Klebang pada Mei lalu dan menawarkan unit kondominium pada harga RM300,000 hingga RM1 juta.
Katanya polis masih menyiasat cara sindiket itu melakukan penipuan sama ada melalui pengambilan deposit atau cara lain, namun sasaran utama mereka adalah pelancong China yang berminat mendapatkan hartanah di Malaysia.
SUMBER :