PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononya seorang guru di Kedah meninggal dunia akibat Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV).
SEBENARNYA:
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail mengesahkan kematian guru terbabit bukan disebabkan MERS-CoV.
Menurut suami guru tersebut, Sharbani Jamaluddin, isterinya meninggal dunia selepas sistem sokongan hayat ditanggalkan apabila isterinya disahkan mengalami mati otak akibat penyakit meningitis.