Polis Bentong mengesahkan kematian seorang tahanan lelaki di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, tiada kaitan dengan kes COVID-19.
Ketua Polis Daerah Bentong, Yusof Unis berkata bedah siasat yang dilakukan terhadap lelaki berumur 30 tahun di Hospital Bentong, mengesahkan kematian itu bukan disebabkan wabak terbabit.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya sedang menunggu keputusan analisis toksikologi dari Jabatan Kimia dan analisis sampel tisu badan oleh pihak patologi untuk mengetahui punca kematian.
“Kematian tahanan ini tidak ada kena mengena dengan COVID-19 dan buat masa ini kami mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.”