Kerajaan Hanya Tanggung RM150 Sehari Bagi 45 Hotel Yang Telah Diwartakan Sebagai Pusat Kuarantin

TULAR:
4691

SEBENARNYA:

Kerajaan tidak menanggung sepenuhnya kos bilik dan makan di hotel yang dijadikan pusat kuarantin, sebaliknya hanya membayar RM150 sehari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini 45 hotel bertaraf lebih tiga bintang diwartakan sebagai pusat kuarantin.

Katanya, pembiayaan kos untuk bilik dan hotel terhad kepada RM150 sehari, manakala kos lain seperti dobi ditanggung oleh individu yang dikuarantin.

Menjelaskan mengenai kewajaran menjadikan hotel empat dan lima bintang sebagai pusat kuarantin, Ismail Sabri, berkata ia atas permintaan individu yang memilih sendiri hotel untuk dijadikan pusat kuarantin.

Ismail Sabri, berkata kerajaan mewujudkan hotel itu sebagai pusat kuarantin selepas terdapat permohonan daripada pihak kedutaan memandangkan tiada pengecualian terhadap mana-mana individu yang pulang dari luar negara untuk dikuarantin.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI