Dakwaan Daerah Jasin “Lockdown” Adalah Palsu

TULAR:
1705

SEBENARNYA:

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani B. Hamdan, tiada tindakan ‘Lockdown’ setakat ini dan sekatan jalan raya dan penutupan adalah prosedur biasa. Untuk makluman Daerah Jasin adalah penyumbang tertinggi dalam Melaka dan masih berstatus Jingga.

Penutupan Jalan Kesang Pajak Selandar adalah disebabkan banyak pengguna menggunakan jalan tikus untuk melepasi Sekatan Jalan Raya yang didirikan oleh Pihak Polis maka saya telah arahkan menutup jalan tersebut tetapi masih boleh dilalui

Satu lagi jalan tikus yang ditutup adalah dihadapan IPD Jasin iaitu Jalan belakang TNB. Saya beranggapan mana mana kenderaan yang suka melalui jalan tikus munkin ada melakukan kesalahan PKP atau mempercepatkan perjalanan tanpa melalui SJR. Maklumat akan ada lagi penutupan jalan jalan utama di Daerah Jasin dan Lockdown adalah palsu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Jasin


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI