Dakwaan Gambar Keadaan Di Cawangan-Cawangan BSN Bersesak Dan Tidak Mematuhi Jarak Sosial Adalah Tidak Benar

TULAR:
6584

SEBENARNYA:

Menurut Bank Simpanan Nasional (BSN):

Kami ingin memaklumkan bahawa gambar yang dikongsikan berikut tentang keadaan di cawangan-cawangan BSN adalah tidak benar.

Keadaan di cawangan-cawangan BSN adalah terkawal dan pihak BSN dengan kerjasama PDRM & RELA akan memastikan penjarakan sosial dipatuhi, jumlah pelanggan di dalam premis bank dihadkan dan pelanggan dinasihatkan untuk memakai topeng muka (mask) sepanjang masa.

Para pelanggan juga disarankan untuk menyemak status BPN melalui laman web LHDN https://bpn.hasil.gov.my.

Selain itu, pelanggan juga juga boleh menyemak baki akaun melalui perbankan internet dan pengeluaran wang boleh dilakukan di mana-mana ATM rangkaian MEPS seluruh negara.

Kami ingin menasihati para pelanggan agar mematuhi PKP.

SUMBER:

Facebook Rasmi BSN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI